Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; The Longest Giveaway Ever by Ain
Tuesday 10 September 2013 | 05:19 | 0 comments
\Assalamualaikum dan salam sejahtera/


Tadada! Nak join? Jum la, lagi ramai lagi bagus kan?

Okay, to dear blogger sekalian. Owner dia UPSR sekarang. Ain!! Aja-aja fighting dik :) Buat yang terbaik tau? Emy tau adik boleh buat yang terbaik. Kan kan?

Haa, Emy ada tips sikit untuk adik. Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang yang lain pun apa salahnya try ikut tips ni kan? Bak kata orang Perak, YE DOK? 

TIPS :)

SEBELUM HARI PEPERIKSAAN
  • Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok.
  • Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat "SAYA BOLEH LAKUKAN!"
  • Sediakan segala peralatan untuk menulis ye.
  • Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda sekalian.
  • Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi. (yang ini susah Emy mahu buat hahah.)
SEMASA HARI PEPERIKSAAN
  • Jangan lupa call/mesej ibu bapa setiap kali sebelum peperiksaan, mohon supaya mereka doakan kita berjaya dengan cemerlang, boleh jawab semua soalan, tak careless dan lain - lain lagi.
  • Sebelum melangkah masuk ke dewan peperiksaan, berdoa supaya Allah ingatkan balik apa yang kita terlupa, permudahkan urusan kita menjawab soalan, dan lain - lain.
  • Langkah masuk dengan kaki kanan dan baca Bismillahirrahmanirrahim.
SELEPAS PEPERIKSAAN
  • Bila dah lepas satu paper, simpan paper tu. Jangan duk sibuk nak semak balik betul ke salah ke. Kalau kawan - kawan duk bincang pasal soalan tadi, jangan join! Sebabnya, nanti kita duk fikir je pasal exam yang dah habis tu. Ini boleh mengganggu emosi, fikiran, motivasi dan keyakinan calon peperiksaan.
  • Fokus! Fokus kat next paper.
  • And kepada yang Islam, kalau rajin, ustaz Emy galakkan baca satu doa ni. Semoga permudahkan urusan kitaa :)
Doa memudahkan urusan

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

Maksudnya: "YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."



Okayy, tu jelah kut tips yang Emy tau. Take care tau Ain. Tatata :* Bye, Assalamualaikum :3



Old things | New things