Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; \ CLASSMATE ||*|| 4SI /
Sunday, 8 September 2013 | 22:34 | 0 comments
\Assalamualaikum dan salam sejahtera/

Hello guys! Huii, lamanya tak update kan? Rindu tak? Haha :D

Macam korang tau, emy dah masuk form 4 :'( Lehaii, belambak gila kerja. Tu yang jadi tak menyempat nak update. Ni pun kalau ikutkan mana boleh, esok sekolah kann. BUT! Emy rindu dah nak update, huk huk.

Okay, dah form 4 ni emy nak bagitau la amy ambik aliran apa. JENG JENG JENGG! emy ambik aliran ICT dengan akaun. #susah yang amat woii! Emy kalau waktu akaun, mesti tertidur. Cikgu yang ajar tu cakap tak faham apa. Dah la emy ni jenis yang slow. #sabar jelah! Tapi, Emy tak ambik Akaun dah sekarang, takut nak bawak. 

Haa, tapi kalau ICT lain pulak jadiknya. Semangat kemain kutt. Siap duk depan meja cikgu lagi. Cikgu tu pulak jenis sporting, melawak nak buat geng pun boleh. Oh Sir Shan :) Tapii, satu je problem sikit. Kerja ICT ni belambak, S05, S07, dan lain-lain. 

Eh, lupa nak kenal kan korang dengan classmate baru emy. Diorang ni sporting, semua sekepala je. Kalau gaduh pun tak lama la, satu dua jam je. Then, baik balik. Kalau ikutkan kelas form 4 sekolah emy. Kelas SI ni la kelas paling best, awesome, sporting, ceria, dan lelain. Walaupun dulu kami kelas lelain, but kami still boleh ongsi cerita sesama. Nak kenal diorang? 

Okayy! Let's see :*

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Haa, tengok la kami. Siap buat gwiyomi reramai lagi. oh, lupa! Korang tak kenal diorang lagi kan? Kayy, kita mula dari belakang, dari lelaki berbaju hitam tu.

Ceng! Tu la Amin, pemangkah terbaik kelas kami. Melongang kuat dia ni! Sebelah dia pulak Badrul, but kami selalu panggil dia Bad je. Dia ni jenis senyap sikit. tapi dia pandai jaga hati orang. Yang baju oren sebelah Bad tu pulak Zubair, yang nii, dia boleh dikategorikan budak senyap jugak la dalam kelas SI ni. Tapi, kalau keluar sekali dengan dia, tak tahan gelak kutt! Lawak je dia. Next, Aiman, yang duk buat muka tak gwiyomi kat belakang tu. *Apa kau buat Aiman? Yang nii, sesatunya hyperrr dalam kelas ni. Mulut dia pun tak boleh stop. Rasa nak bagi lempang jugak kekadang tu. Tapi, Aiman ni baik. Kata la apa pun, dia tetap dengan diri dia. Okayy. Haa, sesatunya budak cina dalam kelas ni CHUEN! Chuen ni baru masuk sebenarnya. Walaupun baru, kami dah boleh satu kepala dah. Melepak luar kelas tu jangan cerita la :D Chuen ni, muka dia ala-ala KPOP sikit, tu yang ramai gurls kat sekolah kitaorang minat Chuen ni. Termasuk la Emy, haha. Yang, sebelah Chuen ni pulak, Shayuti. Tapi aku just panggil Uti je. Unik kan? Malas la nak panggil panjang -.- Uti ni kalau gosip, boleh tahan laa. Dia selalu gosip dengan Bukhairi a.k.a Boie and Iedham a.k.a Am [dua-dua tiada dalam gambar]. Diorang ni satu geng je. Suka mintak Emy gula-gula. "Emy! Hang jangan kedekut sangat dengan aku, bak sikit gula-gula" haa, centu la ayat diorang kalau nak. 

Okayy, habis line belakang. Next, kita mula dengan mamat depan Uti baris dua dari belakang. Tu la Abdillah, a.k.a Lah. Dia ni jiran Emy. Dia kalau dekat rumah senyap je, dekat kelas bising yang amat. Lah ni boleh dikategorikan kawan yang prihatin. Dia ambil berat pasal kengkawan dia. Yang sebelah Lah ni pulak Anam. Anam ni macam poyo sikit. Rasa nak karate je dia. Anam ni suka tolong aku. Selalunya dalam computer lab la. Thanks Anam, nanti aku belanja air 5 kupang dekat hang, InsyaAllah. Next Asnawi or Awi. Emy dengan awi ni classmate dari form 1 lagi. Kan Awi kan? Awi ni baik, prihatin, setia kawan, banyak lagi la. Awi ni pendengar bagi kitaorang. Thank you Awi, tadak hang tak taw la lagu mana kami ni. WOOO! Nampak tak yang comel sebelah Awi tu? Tu la Scha, nama sebenar Anis Anisha. Dia ni boleh dikatakan HOT la. Sebabnya, Scha ni bukan yang jenis berlagak. Dia ni periang. Walaupun dia dalam masalah, dia tetap boleh buat orang sekeliling dia senyum and ketawa. Dia tabah, kuat! Kan Scha? Sebelah Scha tu pulak Farah. Yang ni pun HOT. Periang, but suka sentap and touching. Bila dia senyum, rasa nak cubit je pipi di tu. COMEL! :3 Emy suka kawan dengan Farah ni. Heyy! Bukan sebab nak tumpang HOT, tapi sebab Farah ni manja. Haha, jangan marah ye Farah, hikhik. Okay, next to Farah is Zumaisarah. Tapi kitaorang panggil dia Zue je. Haa, dalam kelas Emy selalu kena marah dengan dia. SEDIHH! Apa la Zue ni, suka marah Emy. Tapi Emy ni degil, suka sangat kacau orang. Tambah pulak yang kuat marah macam Zue ni. Geram kut bila dia marah. Rasa nak bagi pelempang Jepun je, haha. Joke okay Zue, jangan ambil hati. Best Friend kan? Haha

Dah habis la line tengah tu, kita pergi pulak line depan. Yes, depan Zue tu. Tu la budak pandai kelas ni. Nama dia Jue, Julyana [tak pasti ejaan]. Jue ni pembekal makanan untuk girls dekat kelas ni. Mak dia punya nasi lemak memang TERBAIKK la. Rasa nak makan bebanyak. Jue ni jugak la penyelamat bagi kitaorang. Tahu kenapa? Yupp! Kerja sekolah la jawabnya. Kitaorang ni kan pemalas semua. So, kalau ada soalan yang tak tau, or TERRtinggal, kitaorang jumpa la Jue ni. Kan class? Thanks Jue, semoga dapat teruskan usaha anda menjadi penyelamat kami.Haha :D Sebelah Jue tu pulak Auji, more short Ogy. Jangan la gelakk! Tau la macam nama kartun kat TV tu, haihh! Ogi ni pakar segala MATH dalam kelas SI ni. Ogi selalu tolong kawan dia yang dalam kesusahan. Cehh, ayat wa koya gila, puii! Ogy ni manja jugak. Sama macam Farah. Dia ni suka merajuk jugak. Susah jugak la nak pujuk kalau dia merajuk. Rasa macam nak hentak kepala sendiri je dekat dinging. Haha. Okay, sebelah Ogy tu Fatira, Fat. Fat ni memang pendengar yang baik. Emy selalu share dengan story. Fat ni lawa, muka macam amoi laa. Ramai kut peminat dia. Sabar jela kann. Apa pun, dia tak berlagak. Tapi dia kuat sentap. Kalau dia jeling sekali, gerun kut. Macam nak makan orang gihh! Kalau nak melepak, ajak la dia, boleh buat geng. Haha. Yang baju biru sebelah Fat ni pulak Airin. Haa, budak ni memang suka cari pasai dengan Emy. Geram je, haha. Joke la Airin. Airin ni pun listener yang baik. Dulu dia suka share dengan aku pasai *TUTT*. Tapi sekarang tak dahh. Means, jarang. Sebab dah duk jauh sikit. Dia tukar tempat dengan kawan Emy. Airin pun sama macam Farah, Auji, Fat. Suka sentap lebih. Sekeh nak? hihi. Sebelah Airin pulak Fashirah, Cirah. Cirah ni comel. Kecik je, paling kecik dalam kelas kitaorang, Cirah la. Yang ni adik-beradik semua pakat kecik. Kan Cirah? Cirah ni manja, and tersangat la periang. Macam kanak-kanak RIBENA je. Susah nak tengok dia nangis. So, kepada BF Crirah, jaga Cirah elok-elok. Buat Cirah nangis, siap kau! *koyanya* 

Ehem, takkan tak kenal sebelah Cirah tu? Hahh? Tak kenal? Sampai hati :'( Tu Aimi Shaffa,Emy la. Lain sikit eh muka? Berisi sikit kan dari tahun lepas? Tulaa, makan banyak kutt. Haihh, takpa laa, sikit je haa. Okayy, macam yang korang dah tau. Emy ni jenis friendly, kalau jumpa tegur je. Ramai kawan lagi bagus kan? Kalau nak kenal lebih dekat lagi, add la Emy dekat  FACEBOOK  : Aimi Shaffa Zulkarnain / follow my  TWITTER  : @ILYSM2110 . Or, kalau ada whatsapp lagi senang. Kalau nak number DM je dekat FB, tapi jangan lupa bagitau and perkenalkan diri. Karang takut ingat orang gila mana pulak kann. Haha, kidding la. Alolo, jangan la ambil hati. Maaf eh? Dah dah, kalau nak kenal DM je dekat FB tu. OKAY, kita teruskan dengan minah cung sebelah Emy tu. Mas Aida. Mas ni kawan baik emy dalam kelas. Dia duk sebelah Emy. Mas ni suka gelakkan orang. Dia ada lesum pipit. Comel right? Aku selalu usya dia, sebab aku suka tengok bila dia kalut. Takut sangat orang kacau dia. Kalau dalam kelas, Emy dengan Mas la kaki tidur, kaki makan. Haha, well, nama pun Best Friend kan. Mas ni suka kacau orang. Cubit la, tampar laa. Sakit woii. Aku pun apa lagi, cubit la balik. Balas dendam, HAHAHA [ gelak jahat ]. Mas ni kecoh sikit, sama macam tu. Tu yang boleh sekepala tu. Hikhikhik. Thank you Mas, kalau tadak hang kan, mesti aku sunyi dalam kelas tu. Ehh, tak habis lagi laa. Ada lagi seorang. Tapi tadek dalam gambar tu. Diviya Shini, Dvya. Dvya ni pun Best Friend Emy, walaupun dia India, tapi dia baik. Sama dengan kawan Emy yang lain. Dvya ni penasihat and motivator Emy. Dvya ni cantik, pandai. Kengkadang tu, kalau dia dalam masalah, Emy dengan Mas la jadi pendengar dia. Menangis sesama, gelak sesama. Huii, tak boleh bayangkan kalau dah habis sekolah nanti. Mesti rindu dekat diorang. 

-----------------------------------------------------------------------
Hmm, kenal dah kan dengan classmate Emy? Amacam? Ada yang berkenan? Haha, ramai dah empunya punn. So, setakat tu jela kut. Penat duk menetaip ni, huk huk. Next time, kalau ada masa, Emy update lagi okay? Tata titi tutu. ByeBye. Assalamualaikum.




Old things | New things